Thursday, April 22, 2010

Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu
Pengenalan
Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang
mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis
penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi
kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu,
anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan
sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi
makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
Kebaikan
Untuk bayi :
• Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
• Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
radang paru-paru.
• Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
• Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
• Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
• Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
untuk disediakan.
• Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
• Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
• membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
• membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
• mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
• menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan :
• Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
• Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
• Sebelum kelahiran
• Semasa kelahiran
• Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
• Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan
penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
• Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh
membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang
berhampiran.
• Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi
beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan
rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
• Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah
antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital,
jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan
sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas
kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam
jangkamasa yang lama.
• Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan
bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti
memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa
ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan
jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat
mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
• Menyusu mengikut kehendak.
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan
kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan
susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh
menyusu 8 ke 12 kali sehari.
• Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila -
bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila
masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu
diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika
berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada
bersama-sama anda.
• Tiada puting tiruan.
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan
puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu
penyusuan.

Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam, Pemberi Rahmat dan Nikmat yang tidak terhingga banyaknya, serta selawat dan salam tercurah kepada Rasulullah s.a.w yang telah mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya terang benderang menerusi risalahnya yang amat berharga.

Hari ini saya ingin mengupas tentang penyusuan susu ibu dari perspektif Islam, agama yang syumul dan lengkap. Saya tidak berniat utk menjadi ustazah dan berceramah pada anda hari ini, namun sekadar pengisian rohani tentang susu ibu dari sudut perspektif islam. Sebenarnya dalam Al-Quran lagi telah terserlah tentang kepentingan penyusuan susu ibu ini, cuma biasalah kita, saya, anda dan sesiapa sahaja, kita kdg2 tidak punya masa utk meniliknya apatah lagi memahami kandungannya. Siapa yang mengkaji? Nun.. orang di negara barat sana. Mereka mengkaji Al-Quran dan buatkan ianya jadi version mereka. Sumber rujukan mereka? Asasnya Al-Quran! Dgn ilmu yang didapati dr Al-Quran, mereka menjadikan diri mereka hebat. Kalian, saya bukan sesiapa utk bercakap tentang hal ini malah saya berasa malu. Betapa malu kita org Islam sendiri yang dianugerahkan Al-Quran merujuk org2 sana. Walhal, mereka kagum dgn kitab junjungan kita, Al-Quran. Betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini sering dikatakan dalam berbagai surah dalam Al-Quran seperti:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

* Pembatasan masa menyusukan anak dalam 2 tahun tidaklah dinyatakan ketentuan wajib yang mutlak. Tetapi ditujukan kepada ibu2 yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Lantaran ayat diatas, Allah berfirman:

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya” – Surah Al-Baqarah, ayat 233

“Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dan menyapihnya dalam dua tahun” – Surah Luqman, ayat 14

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; ibu-ibu yang menyusukan kamu; saudara perempuan yang sepersusuan” – Surah An-Nisa’, Ayat 23

” Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan” – Surah Al-Ahqaaf, ayat 15

Antara kupasan ayat-ayat Al-Quran ini adalah:

* Setiap ibu disyorkan menyusui anak mereka secara terus selama 2 tahun

* Jika terdapat halangan menyusui anak: Ibu sakit, ibu tak boleh menyusukan anak, tiada paksaan dalam melaksanakan dan memberikan hak anak iaitu menyusukan mereka.

* Jangka waktu yang terbaik sebagai pedoman menyusukan anak, sesungguhnya telah ditetapkan oleh Allah swt

* Dibolehkan menyusukan anak kepada ibu yang lain (anak susuan)

* Hukum ibu susuan dan anak susuan

Juga apabila tiba hari kiamat:

“Ingatlah pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusukan anaknya dari anak yang disusukannya”- Surah Al Hajj- ayat 2

Selain itu, kisah Nabi Musa a.s, yang mmg sgt2 menyedarkan kita tentang pentingnya setitis susu ibu ini. Saya sgt sebak dan menangis membaca tafsir dari ayat suci ini. Masihkah anda ingat tentang kisah ibu Musa yang merasa khuatir kerana Firaun akan membunuh setiap anak lelaki yang dilahirkan, Maka Allah memerintahkan ibunya menghanyutkan Musa ke sungai. Firman Allah swt:

” Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau khuatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikan padamu, dan menjadikannya salah seorang rasul” – Surah Al-Qashash, ayat 7

* Secara saintifiknya hormon Oksitosin yang dirembeskan oleh otak si ibu semasa menyusukan anak akan menenangkan hati si ibu and bring calm to baby as Oksitosin adalah “hormon penenang” atau “hormon kasih sayang”. So, ibu akan rasa tenang dan anaknya juga akan rasa tenang. Jadi, ibu Nabi Musa menghanyutkan anaknya dalam keadaan yang tenang tanpa tangisan si kecil. Jika difikirkan, “Sanggup kita hanyutkan anak ketika saat anak meraung-raung kelaparan dan kesedihan?”

Kemudian Nabi Musa di ambil oleh dayang istana Firaun, dan isteri firaun memujuk Firaun untuk membela Musa kerana baginya Musa penyejuk mata dan hati nya. Maka mereka pun mencari ibu susuan (wet nurse) – waktu itu tiada susu formula- untuk susukan Musa yang masih bayi. Lantas Musa menolak kesemua ibu susuan yang mahu menyusukannya. Kemudian Allah swt berfirman:

” Dan Kami cegah dia (Musa) menyusu kepada perempuan-perempuan yang mahu menyusui(nya) sebelum itu.” – Surah Al-Qashash, ayat 12

* Nabi Musa rejected all the wet nurses kerana dia sudah merasai “the first taste of mother’s milk” – susu ibunya sendiri sehinggalah ibu Nabi Musa datang dan menyimpan rahsia sbg ibu susuan yang ingin menyusukan Musa serta mengasuhnya.

” Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati; dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya” – Surah Al-Qashash, ayat 13

Disini kata seorang ulama’, kisah di dalam Al-Quran hanya mendatangkan hikmah, pengajaran dan manfaat, namun bagi orang2 yang mahu berfikir dan menggunakan akal mereka utk merealisasikan pada kehidupan di dunia yang realiti. Sungguh saya malu. Mengapa mereka di sana lebih arif daripada kita, sedangkan kitab suci ini telah berabad berkurun lama di bekalkan kepada umat Islam sebagai panduan.

Sungguh, Allah itu Maha Besar. Banyak kelebihan apabila si ibu menyusukan anak. Bukan sebab memberi anak makan semata, namun dari situlah corak proses nurturing bermula. Anak merasai kehangatan tubuh dan air susu si ibu, telinganya mendengar jantung si ibu berdegup, tenang didakap dan kadangkala hiburan dari usikan nakal si ibu terhadap anaknya. Saya rasai semua ini ketika menyusui anak saya, setiap masa, dimana2 tidak kira masa. Anak akan merasa kebahagiaan dan kecintaan seorang ibunya semasa didakap utk disusui. Seorang ulama’ juga pernah berkata, air susu ibu akan mempengaruhi rohani si anak. Ia akan menimbulkan kesan psikologi yang positif dan membentuk peribadi yang kuat di masa dewasanya nanti. Ya Allah, mudah-mudahan anak2ku menjadi anak yang solehah serta mendengar kata.

Mengambil juga kata2 seorang yg sgt sinis terhadap breastfeeding “Menyusahkan je anak asyik nak berdakap. Budak menyusu badan kuat menangis”- saya tak pernah ambil pusing malah bangga kerana sekurang-kurangnya saya tahu, dia tahu, anak yang didakap tau, sayalah org yang paling dicari ketika itu. Sangat tidak wajar jika ibu terganggu yang amat dgn tangisan anak dan terus memberinya susu dgn harapan anak berhenti menangis – supaya anak mereka tidak digelar “anak kuat menangis” atau “anak suka buat perangai” atau “bagus baby saya, x suka nangis, dapat susu sebotol tidur senyap”. Tangisan bayi dalah sihat. setiap kali baby menangis, ianya akan melapangkan rongga dada, perluasan lampung, meningkatkan kemampuan otak, membangkitkan kemahuan, meningkatkan suhu badan serta menambah keberkesanan sistem penghadaman. Pernahkah terfikir mengapa bayi baru lahir “perlu” menangis dan jika tak menangis ia adalah petanda buruk?

Mungkin sampai sini sahaja huraian utk part 1 nikmat air susu ibu ini. moga kita sama2 dapat manfaat atas segala-galanya. Mohon maaf atas segala kekurangan diri ini. Wassalam.

–> Saya notice beberapa tulisan saya (entry2 terdahulu) yang lahir dari hati ini telah di ‘copy paste’ dan diciplak serta diubah menjadi hasil tulisan org lain. Terima kasih kepada mereka yang meminta izin utk link atau memetik artikel2 & link semula ke blog dan penulisan saya kerana saya dgn rendah diri membenarkannya. Saya sgt berterima kasih kerana anda menyebarkan ilmu dgn cara yang sihat =), bukan copy paste dan claim itu tulisan sendiri.

* Bonda: I am nobody utk bercerita tentang hadis atau hal agama, saya sgt2 mentah. Namun, saya memberi yang terbaik mengikut apa yang saya tahu, saya rujuk di buku agama dan setiap ayat Al-Quran di atas dirujuk dgn tepat. Ianya bukan saranan saya, namun Pencipta kita. So, susu ibu atau susu formula? Allah knows what best for us- manusia, makhluk terpuji di dunia. Wallahualam.

Rujukan agama: Dr. Abdul Hakim Sayyid Abdullah, Ahamiyatu Al Ridha’ah Al Thabi’iyah Dinniyah Wa Shihhiyan

Not Feeling Well..

pukul 2am ku gegar hubby , entah apa kene tetiba aku sakit gigi .. sakitnya bukan main.. hubby ku dengan terpesat-pesat mata tumbuk cengkih untuk aku nak kebaskan urat gigi tu .. kejap je kurang pastuh sakit melantun-melantun .. nak taknak angkut kids yang dok syiok dibuai mimpi masuk kete terus rempit ke klinik.. doc just bagi ubat tahan sakit je ... sementara tunggu ubat , kidos aku tuh dah bangun main-main gelongsor, dan panjat-panjat kat klinik .. klinik tu memang sediakan satu tempat untuk kids main-main .. hah!!.. hamek ko .. pukul 4am main gelongsor .. tak penah dibuek orang ..

balik telan ubat, try tido .. bolehla lelap satu dua jam .. ari nih nuqman pulak demam .. nape pulak demam?? .. adekah pasal kene embun pagi dan sejuk masa gi klinik tu.. atau kene tegur ke?.. almaklumlah kawasan umah aku nih jauh masuk ke dalam dari jalan besar .. alamatnye emergency leave la hubby ari nih nak jaga permaisuri dan puteranyaa .. (thanks babah!!) ...

My Blog List